ASK ME HOW ;)

Email Address:
Name
Contact Number
Facebook
Help me to help you ;) ASK ME HOW TO: Lose Weight
Gain Weight
Improve Health
Healthy Breakfast
Business Opportunity
Win RM1000
Shake Party
Skin Beauty (Outer Nutrition)
Any Question For Me ? ;)

This contact form was created by Freedback.

Tuesday, September 27, 2011

Ribut di KK (Amaran oleh Jabatan Meteorologi)

 

Semalam, lepas kerja, mau dinner awal. Pusing-pusing cari tempat makan, teurs terfikir TLC. Tanjung Lipat. Tapi masa tu tengok pokok bergoyang semacam, jadi aku pun tanya sama pokok, apa sebab goyang, jawab angin yang goncang.Betul-betul kuat angin, dapat dengar dari dalam kereta. So tidak berani la makan tepi laut di TLC tu mataii kita karang. So pergi tempat yang jauh sikit dari laut.

Malam, hujan sudah mula dari renyai-renyai ke lebat. Tidur pun agak awal. Tiba-tiba terjaga sebab macam ada orang ambil gambar aku time tidur. Rupanya kilat sabung menyabung. Blackout pula! Cuma nampak cahaya-cahaya bertalu-talu dari luar tingkat, dengan hujan lebat. Macam scene dalam cerita hantu supaya penonton rasa takut. Paksa sambung tidur walaupun takut dengan kilat, confirm lepas kilat ada guruh berdentum yang kuat. Tapi semalam kurang pula guruh, kilat saja lebih.Sambung tidur saja. Walaupun blackout, aircond kipas mati, tapi tidak rasa panas sangat sebab hujan lebat di luar.

Tapii pagi-pagi bangun awal sambil risau, sebab belum iron baju!! Bekalan elektrik masih putus. Terus tweet-tweet whining pasal bekalan elektrik. Macam didengar saja keluh kesah mak esah, berapa minit kemudian around 6.20AM terus ada balik bekalan elektrik. Laju-laju iron baju dan bersiap, 7.13AM gerak!

Jem tapi tidak terlalu jem. Mungkin sebab

  1. Ramai orang terlajak tidur sebab cuaca yang nyaman dan tiada lampu
  2. Ramai orang stuck di jalan-jalan kecil sebab banyak pokok tumbang

Sampai dekat KK baru nampak kesan ribut semalam. Daun-daun pokok banyak berjatuhan bersama dahannya. Ada yang jatuh dengan pokoknya sekali. Di certain tempat ada yang tiang letrik sekali tumbang.

IMG02752-20110927-0737  Ini di depan bangunan office saya.

 

Dasyat kan. Harini pun tweet semua cerita ribut orang-orang KK. Infor from #KKCity tweet, Jika terdapat pokok tumbang di kawasan anda, sila hubungi DBKK di 088-521800.

 

*************************************************************************************

 

Sebenarnya, beberapa amaran sudah pun dikeluarkan.

Amaran Ribut Petir dan Hujan Lebat

Dikeluarkan pada: 05:15am pada 27 September 2011

A) Dikeluarkan pada 5:15 pagi; 27 September 2011

Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Sabah; Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Daerah Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Daerah Kudat dan Kota Marudu) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Selasa 27 September 2011.
Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.

B) Dikemaskini pada 5:15 pagi; 27 September 2011

KEMASKINI AMARAN

Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Perak (Daerah Kerian, Larut Matang Selama dan Manjung), P.Pinang (Daerah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Prai ) dan Kedah (Daerah Kulim, Kuala Muda dan Bandar Baharu) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Selasa 27 September 2011. Keadaan cuaca yang sama dijangka di negeri Perak (Daerah Kuala Kangsar, Kinta dan Perak Tengah).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang serta banjir kilat.

Source

 

*************************************************************************************

Nasihat Taufan
Di keluarkan pada  09:10AM 27 September 2011

  1. Taufan "Nesat" (20W) dikesan berada di Latitud 16.4 Utara dan Longitud 121.5 Timur, kira-kira 210 km ke Utara-Timur Laut, Manila, Filipina pada jam 8.00 pagi, 27 September 2011. Taufan ini telah bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 20 kmsj.  Taufan ini berada kira-kira 1172 km ke Utara-Timur Laut Kudat dan 1227 km Utara-Timur Laut Sandakan, Sabah.
  2. Ribut Tropika "Haitang" (21W) dikesan berada di Latitud 16.6 Utara dan Longitud 107.5 Timur, kira-kira 199 km ke Utara-Barat Laut Quang Ngai, Vietnam pada jam 8:00 pagi, 27 September 2011. Ribut Tropika ini telah bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 20 kmsj. Ribut tropika ini berada kira-kira 1481 km ke Barat Laut Kudat dan 1510 km ke Barat Laut Kota Kinabalu, Sabah.

Source

 

*************************************************************************************

Dikeluarkan pada pukul 09:32AM, 27 September 2011

AMARAN KATEGORI KEDUA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Ditingkatkan daripada amaran yang dikeluarkan pada pukul 4.47 petang, 22 September 2011

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan WP Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu dijangka berterusan sehingga Sabtu, 1 Oktober 2011.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) - Kemaskini

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak (Miri) dan Sabah (Sandakan) dijangka akan berterusan sehingga Sabtu, 1 Oktober 2011.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH- Kemaskini

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Sabah (Kudat), Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu dijangka akan berterusan sehingga tengahari, Selasa 27 September 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Source

*************************************************************************************

 

Stay safe people. Cek ramalan kajicuaca dulu sebelum plan ke mana-mana, atau bercuti ke mana-mana.

 

Love,

Cinoi xo

5 comments:

Daniel Chiam said...

Sa tingu blogs update sa, hampir semua yang stay di KK blog about this >.<

I hope everyone is doing okay so far!

Dayz J said...

Astaga, aku pun tidak alert kepada ramalan cuaca T_T Semalam pun aku tidur awal, jadi ribut taufan segala memang aku ketinggalan jaman betul. Luckily no one injured kan. Alhamdullilah, orang KK semua selamat.

beaty said...

bah berhati2 la kit ni cinoi...dui semalam paling gila sa tebangun awal pagi jam 3/4 mcm tu kilat sabung menyabung..trus sa terlajak tidur sebab ada 2 jam tu tidak tidur nyenyak ni

DoRa Priscilla said...

I slept in a wet bed this morning.. huhu.. tp tertdr jg nie coz gantuk btul kan.. haha

Anonymous said...

Cinoi?....fulamak...dangduuuuut!
Season blogger pula ko ni aa..
Hebat ko punya blog.
Bah..apa lagi.. upload la pic di site dgn ray-ban?
frm:
org pertama tarik ko pi meeting.

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....